Saturday, October 4, 2008

...Buat Jahat Jangan Sekali-kali

Assalamualaikum wbr...Hi..

Dalam melayan tetamu yang tak berhenti kunjung tiba, menanti-nanti kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Ada sesetengah orang menunggu dalam kerisauan jika ada kedatangan orang yang tidak dikehendaki. Ya, mungkin pencuri atau perompak yang menghapuskan 'mood' berhari raya atau kenduri-kendara atau mungkin majlis.
Bagaimana kalau kategori orang yang tidak dikehendaki ini merupakan orang yang kita kenal luar dan dalam yang 'gelap' bukan dari segi dosa yang telah atau sedang di buat tetapi 'dosa' yang mungkin terjadi yang menyebabkan kesakitan yang tidak mahu dirasai.
Cara yang terbaik adalah dengan berterus-terang dengannya atau melalui orang lain yang mengenalinya dengan menyatakan "Awak tidak dikehendaki!".
Melarikan diri hanya mengundang kepayahan berterusan. Ia hanya merupakan bius sementara. Begitulah realitinya jika kita melakukan 'dosa' yang tidak mudah terampun walaupun ia bukanlah melibatkan diri kita tetapi kepada orang lain. Jadi, individu 'unwanted' perlulah bermuhasabah diri. Nescaya kepercayaan akan kembali cuma ianya mungkin agak lama untuk disahkan oleh orang lain.

No comments:

Post a Comment