Saturday, July 28, 2012

Berpuasa di SJKC...

Assalamualaikum wbr...

Sudah masuk hari kelapan kita berpuasa. Pastinya pelbagai juadah terhidang di atas meja. Bertugas buat kali kedua berpuasa di sekolah baru ini, agak berbeza ketika di sk dahulu.
Ingat lagi ketika awal-awal berpuasa semasa di SK. rasa mengantuk yang amat. Ramai antara guru yang mencari 'port' untuk melelapkan mata barang seketika.
Mata kelihatan merah kerana baru bangun tidur atau tidak cukup tidur.  Hahaha... terhuyung-hayang jugalah kalau terlelap hingga masa mengajar dah tiba.
Walau apa pun dengan sabar kami menjalankan tugas seperti biasa tetapi agak 'slow'.
Pada tahun ini, aku di SJKC buat tahun kedua. Ya Rabbi, rasa mengantuk tak tertahan rasanya. Tiada tempat 'port' seperti di SK. Gagah diri jugalah. Adakalanya tidak sedar mata terpejam ketika menanda buku atau menulis...hahaha...
Terima kasih jugalah diucapkan kepada rakan sekerja di sini yang tidak sekelumit pun mengata atau menjuih mulut menghina. Malah tak kelihatan mereka sibuk makan... seperti hari biasa pada waktu rehat. Walaupun kami hanya bertiga(guru) dan dua orang kerani beragama Islam, kelihatan toleransi mereka agak mengagumkan saya.
Begitu juga anak muridku yang tidak lagi meneguk air di depan mata pada bulan puasa ini seperti biasa.
Selain itu, aktiviti petang sedapat-dapatnya tidak akan melibatkan guru Melayu. Setakat ini, aktiviti petangku hanya hari Isnin dan Khamis kerana ada kelas tambahan. Kem motivasi UPSR yang dijalankan baru-baru ini pada sebelah petang turut mengecualikan kami.
Apabila melihat layanan sebegini, aku begitu bersemangat bertugas, ketika mengajar di kelas.. 'style' aku masih serupa..bertenaga dan sentiasa ada latihan kerja rumah.  Cuma, ampunkan aku ketika waktu 'free period'... aku juga hanya manusia biasa. Wassalam wbr.

1 comment: