Tuesday, January 3, 2012

Selibas 2011-Siri 1 (Perihal Sendiri)

1. Aku memulakan tempat kerja di sekolah jenis cina(SJKC) pada awal tahun. Antara yang diperingatkan bahawa budaya sekolah cina berbeza dari sekolah kebangsaan. Apa tu?

2. Setelah 12 bulan baru aku memahaminya…Apa?... kurang mesyuarat, ‘contact time’, politik kerja, berklik, bersembang tak tentu hala, bodek, fitnah, mc, dan pelbagai macam yang semuanya antara budaya negatif sekolah kebangsaan sebilangan besarnya begitu. Nak beri pandangan, takut disalah tafsir, dikatakan melawan atau tak mengerti apa yang kuuarkan.
3. Budaya sekolah cina…kerja…kerja…arahan keluar…kerja…menanda buku bertan-tan…ngajar..ngajar... Mesyuarat yang dijalankan cukup lancar, tiada pengulangan berganda, tidak meleret-leret, tidak buang masa, pengurusan faham objektif yang dicapai, dan tahu cara melaksanakan atau sanggup menerima cadangan yang positif. Setakat ini terdapat 32 batang pen merah yang sengaja aku simpan di dalam laci kerana kehabisan dakwat. Sesuai betul dengan jiwaku.
4.‘Chain of Management Power’ atau ‘Strategic Management’ pada dasarnya cukup untuk menyatakan jika SK mengikutinya akan gemilanglah kita.
5. Walaupun ada beberapa perkara remeh yang masih lemah bagiku, bagiku itu perkara biasa memandangkan aku orang Melayu yang kebiasaan seperti mana yang diberitahu oleh GB SJKC setelah beberapa minggu aku bertugas di situ… kebiasaan cikgu Melayu yang datang ke SJKC mempunyai masalah. Aku tidak sebegitu katanyalah. Aku dikatakan guru cemerlang dan bagus. Beliau hairan kenapa aku nak ke SJKC. Entahlah.
6. Hal sebenarnya, mungkin aku sudah ‘fed up’ dengan satu budaya SK, tak tahu menghargai jasa orang. Kerja setengah mati, diberi markah prestasi ‘ciput’, kedekut. Sekolah lama aku yang mula-mula pun tak sebegitu. Lembu punya susu, sapi dapat nama…aku sendiri terkena di SK. Tapi biasalah aku tidak menunjukkan apa-apa respons negatif…simpan je dalam hati. Sampai masa, aku terus sedaya upaya aku, pindah ke SJKC..tak lulus eg tukar aku rayu cara ‘deploymeny’.
7. SK buat masa ini, tiada lagi di hati. Biarlah aku belajar dan mengajar di SJKC. Mengambil semangat hadis nabi yang menyarankan kita belajar hingga ke Negara China. Selagi aku dihargai, aku akan berada di situ. Setiap tahun aku memastikan markah prestasi melebihi 86%, jika kurang tidak sepadan kerja yang aku hasilkan. Aku akan sedaya upaya pindah keluar.
8. Setelah memasuki SJKC, aku rasa jika diminta balik ke SK. Mungkin sanggup jika ditawarkan menjadi guru besar kerana hanya melalui kuasa di tangan sahaja, aku boleh merubah segalanya. Tapi ada juga kata mana boleh, kena jadi PKs dulu, masalah tidak akan berubah jika jadi PKs sahaja. Aku hanya ingin menunjukkan bagaimana nak jadi seorang GB yang boleh memartabatkan kejayaan sekolah dan cara yang aku fikir sepatutnya berfungsi. Selepas setahun dua…aku nak jadi guru biasa balik… Masalah juga fasal status DG41, tak boleh jadi GB, sebab GB berstatus DG34 atau 38.Aku memang tidak minat jadi GB pun. Cuma aku rasa terpaksa apabila melihat nasib, murid-murid SK, rakan-rakan di SK dan pengalaman aku sendiri.
Walau apa pun ini pendapat aku buat masa ini, tiada apa-apa...hahaha..Bersambung…

No comments:

Post a Comment