Thursday, March 28, 2013

PENIAGA KECILAN YANG RUGI 'BESAR'

1. Peniaga kecilan yang rugi 'besar', tajuk kali ini dinspirasikan atas pengalaman sendiri semasa berurus niaga dengan golongan ini saban waktu.
Peniaga nasi lemak dan roti canai, penjual ayam, peniaga makanan, peniaga warung dan penjaja tepi jalan merupakan isi penceritaan kali ini.

 2. Di Chemor terdapat banyak tempat saya selalu menjamu selera. Tetapi, berbeza harga mengikut lokasi yang dituju.
3. Saya merasa hairan mengapa harganya berbeza walaupun saya boleh agak sebabnya. Malangnya, bagi peniaga kecilan ini yang meletakkan harga yang rasanya agak mahal daripada sepatutnya.
4. Tafsiran 'mahal' di sini sebagai contoh, air teh tarik segelas kecil dijual RM1.20(mahal) dijual harga yang sama dengan harga segelas besar(berpatutan/murah) atau RM1.Jelas?
5. Seandainya, harga bahan mentah turun atau terdapat tempat penjualan bahan mentah yang murah, saya tidak fikir peniaga akan menurunkan harga sepantas mereka menaikkan harga barangan dijual.  
6. Begitu juga, jika harga bahan mentah naik atau tiada tempat penjualan bahan mentah yang murah, peniaga akan menaikkan harga barang tetapi akan menyukarkan peniaga rakus untuk menaikkan lagi harga jualan mereka, kerana akan menyebabkan mereka kehilangan pelanggan.
7. Bagi peniaga yang disayangi ummah ini akan hanya menaikkan sedikit harga jika tiada pilihan lain dan mengelakkan kerugiaan.
8. Oleh itu terdapat 2 kategori peniaga:
a. Peniaga Ummah: Menaikkan harga jika perlu, dan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penjualan barangan.
b. Peniaga Rakus : Berniaga seolah-olah hendak kaya sekayanya keesokkan hari.
9. Peniaga rakus ini biasanya akan menghadapi masalah suatu ketika nanti kerana menaikkan harga tanpa perlu berbuat demikian. Golongan ini akan berhadapan kesukaran apabila modal yang dikeluarkan lebih sedikit, sedangkan pendapatan pula semakin berkurangan kerana harga yang dijual tidak dapat dinaikkan-harga mati. Jika dinaikkan, saya percaya pengguna akan pergi ke tempat lain kerana harga yang dinaikkan telah menjadi harga tidak munasabah.
10. Pada dasarnya, peniaga rakus ini masih mendapat untung tetapi pendapatan semakin kecil, ditambahi pula wujudnya peniaga baru yang menjual lebih murah atau jauh lebih bagus. Biasanya, peniaga rakus akan mengatakan mereka rugi kerana tidak menerima pendapatan tinggi seperti biasa.
11. Peniaga Ummah pula akan meningkat pendapatan mereka kerana pelanggan peniaga rakus ini telah beralih kepada mereka. Malah kewujudan peniaga baru juga tidak menjejaskan mereka. Malah menjadi persaingan yang positif kerana berlumba-lumba untuk memberikan perkhidmatan terbaik.
12. Perkara ini tidak disedari oleh peniaga rakus, hanya disedari selepas tutup perniagaan mereka. Sebab itulah peniaga Melayu yang bersikap rakus ini tidak boleh bertahan lama dan bersaing dengan bangsa lain.
 13. Oleh itu, para peniaga kecilan mestilah bersikap bijak untuk memastikan mereka sentiasa kompetitif. Tiada lagi istilah orang Melayu tak nak bantu peniaga Melayu, jika sikap rakus yang merugikan ini datangnya dari peniaga itu sendiri.
Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment