Thursday, November 24, 2011

Banjir 2011 Kg Lampu, Besut Terengganu Siri 1











Assalamualaikum wbr...
Pada hari Rabu 23 November 2011, aku sekeluarga berlepas dari Chemor, Perak pulang ke Kg. Lampu, Besut Terengganu. Kami bertolak kira-kira pukul 9 pagi dan tiba di sana sekitar pukul 5 petang.

Sebelum itu, aku meminta isteriku menelefon jiran sebelah rumah ibu mertuaku di sana tentang status banjir di sana. Respon mengatakan banjir tidak berlaku, sekadar air pasang sahaja. Aku juga meminta isteriku menelefon keluarga, atau sahabatnya yang lain di sana. Dengan ingatan bahawa banjir tidak berlaku kali ini seperti yang lepas-lepas.
Aku tidak mempercayai siaran berita kerana mengikut pengamatan dan pengalamanku, video yang disiarkan adalah video 2-3 tahun yang lalu yang tidak sama seperti yang sebenarnya. Berita menunjukkan banjir terlalu teruk, sedangkan aku di Besut ketika itu, cuaca macam biasa sahaja, tak ada pun banjir. Berita tipu... malas tengok sendiri.
Walaubagaimana pun sepanjang perjalanan hingga ke Gerik, aku bertanya kepada isteriku, sama ada pulang atau pun tidak? Aku tidak kisah jika perlu berpatah balik, walaupun sampai ke sempadan Lebuh raya Timur Barat. Betul-betul aku tidak kisah, gerun juga memikirkan kejadian banjir di Thailand dan 'sayang' juga kereta Innovaku yang baru mencecah 25900km++ perbatuan.
Setibanya aku disana, nah tu dia... air bah melepasi jalan raya dengan cepat... Aku rasa kecewa, ape ke hei? Isteriku diam je... jiran sebelah rumah meminta maaf berkali-kali...mengatakan pagi tadi tak adalah teruk cam 'gini' pada isteriku.
Adus... aku tak biasa begini, walaupun telah berkahwin dengan isteriku 9 tahun tak pernah aku lihat banjir hingga melimpahi jalan raya depan rumah di Kg. Lampu.
Bagi anakku, 'swimming pool' depan, belakang, tepi, keliling rumah. Bagi aku, teringat kerja tak siap lagi di Ipoh. Aku mesti balik juga. Hai cepat-cepatlah surut banjir ni.
Bersambung...

1 comment: