Saturday, August 6, 2011

KSSR... Suatu Cita-Cita...



Ya, pendedahan hebat tentang objektif KSSR yang ampuh secara teorinya...Permulaan dilaksanakan dari 2011 dan berakhir 2015 dengan kesemuanya tahun 1-6 mengaplikasikan KSSR. Bermula dengan Tahun 1(2011), seperti biasa respons diberi secara realitinya
negatif.
Penyesuaian cara kerja para guru Tahun 1 dengan konsep KSSR kelihatan terbeban. Begitu banyak 'paper work'. Suatu gaya kerja yang perlu diubah bersesuaian dengan konsep KSSR itu sendiri.
Bagi saya, pengajaran yang mantap apabila para guru mempunya 'masa' untuk anak muridnya. Manakala, kerja 'paper work' sepatutnya hanya cebisan kecil dan kelihatan 'remeh'. Dengan itu, pelaksanaan KSSR berfungsi tercapai lebih 'cepat' daripada dijangkakan.
Resam manusia kelihatan 'senang' dengan perkara yang 'mudah'. 'Susah' dengan perkara yang 'sukar'. Bukan menjauhi perkara yang' susah' atau mencari yang 'senang'. Ia berbalik kepada perkara di perenggan 2. Apa jua yang dilakukan biarlah 'elok' diluar, 'cantik' didalam. 'Indah' dan 'hebat' dilaksanakan, berlaba-laba dipukat.
Indeks keefisienan guru meningkat, pencapaian murid begitu jua. Apa jua yang diputuskan biarlah praktikal dan kelihatan mementingkan pencapaian murid, bukan lebih kelihatan seperti konsep, makin banyak kerja, makin hebat kerana bertentangan dengan konsep 'strategic management'...iaitu, output yang maksima dengan memaksimakan penggunaan sumber yang efisien.
Formula Output+Capital/Masa= Produktiviti(O+C/M=P)...perlu diguna pakai sebelum merangkakan sesuatu sesuai dengan dunia kini. Apa salahnya kita 'mencipta' yang baru yang sesuai dengan budaya nasional daripada 'mengikut' corak pendidikan negara lain, yang kelihatan 'copy and paste'.



No comments:

Post a Comment