Tuesday, December 15, 2009

Penangan Facebook...


FACEBOOK... suatu hal yang pasti waktu cuti panjang begini... kita bermuhasabah tentang apa yang kita lakukan sepanjang tahun ini. Dalam hal sebegini...kita akan teringat tentang perjalanan kita sehingga ke tahap ini. Persoalan timbul.."Huh..bagaimana boleh sampai sini?" atau "Bagaimana boleh ada di sini?".

Facebook telah membawa saya bertemu dengan rakan-rakan yang pada fikiran saya tak mungkin akan bertemu lagi. Sukar... untuk membayangkan bertemu melalui alam siber. Siapa sangka? Kekasih lama, teman lama, kawan lama, sahabat lama, musuh lama dan sebagainya.

Dalam hal kekasih lama ini... memori silam terbayang-bayang. Pertimbangan amat perlu untuk memastikan kenangan manis berdua itu tidak menjejaskan kehidupan semasa. Bak kata pepatah" Yang dikendong keciciran, Yang dikenang,dicari tak dapat". Apa jua tujuan pun seperti yang dilakukan oleh salah seorang sahabat lama cukup menjaga perhubungan semasanya melebihi kawan lamanya. Bagi saya perkara itu cukup dimengertikan kerana hati manusia tidak dapat dijangkakan apa tindakan yang boleh dilakukan selepas itu.

Begitu juga ia akan memberi peluang , 'lesen' untuk bergiat aktif yang lebih kepada unsur negatif di masa akan datang. Apatah lagi jika ada di antara rakan 'Facebook' yang pernah melalui fasa kegembiraan yang tidak positif. Tentu akan timbul rasa "Tak apalah kawan-kawan sahaja". Berhati-hatilah, mungkin kecil atau tiada apa-apa, kita juga harus faham perkara sebegini wajar dijauhi untuk mengelak perkara lebih besar. Kepercayaan adalah sesuatu yang berharga, sekali tercalar..sukar untuk diperbaiki walaupun calarnya kecil tapi mencacatkan pandangan. Hilang sabar atau prasangka akan menyebabkan 'cermin' atau 'benda' tercalar itu akan diganti yang baru.

Begitu juga, jika melalui fasa pergaduhan atau fasa berselisih pendapat..kemungkinan timbul akibat facebook akan dijadikan suatu isu. Orang yang marah, hilang akalnya. Pesan saya berhati-hatilah, segalanya di tangan kita, jangan pula menyalahkan takdir selepas ini. Lebih baik beringat sebelum kena. Ingatlah kecil bagi kita, mungkin besar bagi orang lain. Tak berbaloi!

No comments:

Post a Comment