Monday, February 3, 2014

Idea Kekangan Kesesakan Trafik, Kemalangan dan Kematian(i3K)i

Assalamualaikum wbr.

Sudah lama tak mencoret di laman blog ini sebagai satu kaedah 'pelepasan nurani'. Terfikir semasa mengambil anak ada latihan nasyid di sekolah.
Keadaan trafik yang sesak berpunca dari kereta dari utara menghala ke selatan yang keluar dari Tol Kuala Kangsar atau tol sebelum itu serta dari timur yang mahu pulang ke rumah masing-masing.
Sumber gambar: http://3.bp.blogspot.com/-BpMCyibw3EM/UUu0_KM2TII/AAAAAAAAEAw/KySz1Y91HDM/s1600/3413664645_410b712888_o.jpg





Plat kereta dari KL, Selangor, Melaka dan Johor, serta Pahang pun ada. Pekan Chemor yang senonim dengan pekan koboi  pada hari biasa, tak ubah seperti Jalan TAR, KL-waktu puncak.  Kesesakan bermula dari Sungai Siput dan semakin teruk apabila menghampiri Pekan Chemor hampir sepanjang 4KM(agaknyalah).
Bagi yang kreatif mencari jalan keluar melalui jalan-jalan kampung/taman sebelum terperangkap di perimpangan 4 trafik di tengah-tengah Pekan Chemor. 'Berdesup-desap' kawasan sekitar rumahku dengan kereta yang banyak sekali melaluinya yang sebelum ini agak sunyi sepi. Kalau di jual goreng pisang atau warung sementara, bisa untung kali ini kok.

Terlintas di benakku untuk mengusulkan idea ini kerana acap kali 3K berlaku setiap kali musim perayaan terutamanya akhir perayaan. 





Sumber gambar: http://skbp82.blogspot.com/2008/05/program-semarak-kasih.html

1.   i3K pertamanya ialah meletakkan kawalan polis trafik bagi melancarkan perjalanan di kawasan berlampu isyarat pada setiap waktu akhir perayaan yang berfokus melancarkan trafik. Ditambahi pula sekitar antara pukul 5.30 petang-6.30 petang sewaktu murid-murid atau pekerja balik ke rumah. 



2.   Keduanya, ialah menawarkan diskaun atau pakej keluarga balik ke kampung bagi bas-bas ekspress, teksi serta kereta sewa yang ditempatkan di kawasan stesen bas atau perhentian menyewa kereta. Alahai, macam Air Asia buat tambang murah. Ini sesuai bagi perkhidmatan bas ekspres. Perkhidmatan yang berkaitan boleh turut sama memudahkan perjalanan keluarga. 
Sumber gambar: http://miazarraannur.blogspot.com/2012/08/ops-selamat-46-pemandu-bas-ekspress.html
3.   Ketiganya, menggalakkan perjalanan balik ke kampung berkongsi kereta dengan menawarkan kupon diskaun petrol RM1.50 seliter oleh syarikat minyak yang boleh dikecualikan cukai serta diskaun tol sekali perjalanan RM15 sahaja bagi setiap kereta, dan RM50 bagi kenderaan berat serta percuma bagi bas. Begitu juga syarikat tayar, pusat servis kereta yang beroperasi 24 jam bagi menjamin keutuhan kenderaan bagi keselamatan pemandu dan penumpang serta ditampalkan stiker "Sihat sepenuhnya"-contoh bagi semua kenderaan pada musim perayaan.  Begitu juga harga runtuh semua jenis makanan dan minuman di kawasan R&R, contoh air kopi RM1 segelas, air tin red bull juga RM1, dan sebagainya.

4.  Keempatnya,  Mengadakan ceramah-ceramah pendek agama di R&R, maksud-maksud Al-Quran atau hadis-hadis yang melalui lebuhraya melalui paparan elektronik bagi mengingatkan tentang kematian atau peringatan menjaga keselamatan diri. Merupakan satu kaedah yang berkesan sekali. Juga menekankan aspek keselamatan di R&R ketika pemandu berehat.

5.   Kelimanya, menyingkatkan waktu kerja atau waktu persekolahan bagi mengelakkan balik ke kampung secara tergesa-gesa pada hari terakhir bekerja sebelum bercuti. Contohnya pekerja yang mengambil cuti 1-2-3 sebelum perayaan diberikan balik lebih awal iaitu pada pukul 11 pagi mengikut organisasi awam atau swasta.

dan pelbagai idea lagi yang saya tak larat mencoretnya..(.malas menaip..hahaha..)

Apapun yang biasa, tak biasa atau luar biasa selagi masih urusan yang boleh dikawal manusia... usaha penyelesaian harus teruskan.

Wassalam wbr.

No comments:

Post a Comment