Cadangan untuk menyelaraskan jadual semester IPT Tempatan berasaskan IPT luar negara adalah baik (Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/120299). Pada dasarnya memberi peluang kepada rakyat asing menuntut di sini.
Persoalan pula timbul, apakah kepentingan pelajar luar negara perlu difikirkan? Saya percaya jika kita terbaik dalam soal akademik tidak timbul soal menarik pelajar luar. Apa yang penting adalah rakyat dan keberhasilan Negara menghasilkan rakyat yang berpendidikan tinggi melebihi kepentingan 'orang luar'.
Jika kerana ingin mengikut kehendak dan permintaan atau sengaja memikirkan untuk 'orang luar', sehingga menjejaskan sistem persekolahan yang kukuh, itu tidak wajar. Kita perlu memantapkan perkara lain dan meneroka bidang akademik yang belum diterokai di Negara kita. Perkara sedia ada-baik diterima rakyat tempatan, cuba diubah, pada hemat saya membuang masa dan tenaga.
Kualiti Terbaik menghasilkan permintaan yang terbaik juga. Jika kita ubah kemasukan ke IPT Tempatan selaras dengan IPT Luar Negara, persoalan timbul, adakah menjamin tujuan tercapai yang menguntungkan pelajar tempatan? Jika baik, teruskan, Jika tidak... fikirkan perkara lain pula.