Saturday, December 6, 2014

Cadangan Untuk Malaysia

Assalamualaikum wbr.

Sudah lama saya tidak menukilkan apa-apa kerana tiada kelapangan. Tadi, terasa ingin memberikan cadangan untuk membahagiakan dan memakmurkan negara ini.


1. Membaca ialah jambatan ilmu, pasti semua orang tahu tapi bagaimana nak mengerti. Dalam surah Al-'Alaq( http://quran.com/96) jelas kita perlu membaca kerana itu yang diminta kita lakukan. Jadi membaca ialah satu ibadat kerana ia menguntungkan dunia dan akhirat. Dicadangkan supaya kerajaan memberi subsidi pembelian buku lebihan stok(maksud subsidi ini bukan bermaksud kerajaan perlu bayar kepada syarikat buku, tapi peraturan) satu kemudahan dengan menunjukkan kad IC membeli buku lebihan stok dengan kadar 50% diskaun.
       1.1  Kesannya semua buku laris dan kemungkinan ada syarikat yang menawarkan lebih daripada 50%. Kemungkinan syarikat pengeluar buku antarabangsa akan lambakkan buku lebihan stok mereka.
       1.2  Akan wujud kedai atau ruang buku lebihan stok di setiap kedai, pasar raya dan sebagainya. Ini mewujudkan peluang pekerjaan, ekonomi dan komuniti membaca.
       1.3 Mengapa perlu IC untuk diskaun, satu ciri yang memungkinkan diskaun turut diberi atas buku yang boleh diberi, termasuk buku baru.
       1.4   Kemahiran Berfikir Aras Tinggi juga kelihatan seperti tercapai kerana rakyat mula mengerti buku apa yang perlu dibaca untuk meningkatkan modal insan diri.
       1.5  Semua perpustakaan akan mempunyai buku lebih banyak kerana wujudnya permintaan, iaitu rakyat semakin minat membaca.

2. Dicadangkan GST pembelian buku dikecualikan dan mewujudkan 'award Diraja' bagi syarikat buku yang mengeluar dan menjual buku terbanyak mengikut kiraan purata saiz syarikat dan jumlah buku dikeluarkan. Seperti dana RM1 juta misalnya. Dikecualikan cukai sepenuhnya.

3.  Dicadangkan mewujudkan Bantuan Didikan Anak Permata(misalnya) untuk ibu bapa yang mempunyai anak melebihi 2 orang yang dihantar ke rumah, taska atau lain-lain bagi meringankan beban berkeluarga.
         3.1 Bantuan diberi dalam bentuk baucar makanan anak-anak, petrol, baucar pakaian dan sebagainya, yang boleh diguna pakai pada semua bentuk premis perniagaan di Malaysia, setiap bulan.

4. Pembentukan pusat Syor/Aduan/Bantahan(SABAN) di setiap komuniti untuk terus diberikan respons segera bagi mengelak kerenah birokrasi.
        4.1 Ini akan mewujudkan unsur 'check and balance' dan menimbulkan 'kegerunan' pihak berkaitan, serta kefisienan perkhidmatan kerajaan.
       4.2. Secara tidak langsung memberikan peluang kepada rakyat yang tidak tahu/cara membuat syor, bantahan atau aduan kepada agensi yang betul.
       4.3. Menjadi rujukan pihak kerajaan bagi mendapatkan sesuatu yang positif atau negatif.
       4.4  Berbentuk satu kumpulan kecil, besar dan di mana-mana tempat mengikut keperluan berdasarkan keahlian SABAN yang diberi authoriti mengadakannya. Bersifat bebas dan bermatlamat miningkatkan kualiti hidup- mental dan fizikal.

Sekian sahaja, buat kali.

No comments:

Post a Comment