Sunday, July 14, 2013

Penggunaan nama ALLAH cuba digunakan oleh Pihak Gereja Malaysia?


Salam,
1. Apabila sahaja Bishop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing melahirkan rasa kehairanan(BUAT-BUAT HAIRAN) ke atas beberapa NGO Islam yang merasa tersinggung dengan sokongan wakil Vatican ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino tentang penggunaan Allah sebagai pentafsiran tuhan kristian dalam dunia Melayu.
Saya juga turut hairan dengan sikap mereka berdua yang masih beria-ia mahu menggunakan kalimah Allah ini, yang bukan sahaja milik orang Islam tetapi diambil terus daripada Al-Quran bukan terjemahan seperti kitab Bible yang bukan sahaja tidak asli malah merupakan terjemahan bahasa Hebrew.

2. Malah tidak digunakan ALLAH dalam bahasa Hebrew Injil mereka, apatah lagi dalam bahasa lain, terjemahan bagi Injil ini.

3. Saya rasa perlulah diadakan debat di antara dua paderi tersebut dengan orang muslim bagi menentukan kesahihan penggunaan Allah ini merujuk kepada Tuhan Islam atau Kristian. Saya cadangkan kita memanggil pakar-pakar ulamak Islam tempatan atau dipanggil sahaja pendakwah bebas luar negara seperti Sheikh Yusof Estes, yang merupakan bekas pendakwah kristian yang telah memeluk Islam atau Dr. Zakir Naik, saya rasa kita siarkan secara langsung ke seluruh Negara. 

4.  Saya fikir penganut serta pihak gereja kristian di Malaysia tentu mahu melihat debat ini, sebab yang mereka tidak layak langsung menggunakan kalimah Allah ini.

5.  Manakala, bagi orang muslim perlu dapat melihat kebenaran yang hakiki dan memantapkan iman mereka.

Saya percaya jika mereka(pihak gereja kristian) ikhlas, tentu mereka bersetuju mengadakan debat ini, malah saya fikir tentu mereka berusaha sedaya upaya membawa pendakwah Islam serta menanggung kos untuk menjadikan debat ini suatu realiti. Ini kerana mereka yang beria-ia mahu menggunakan kalimah Allah menggantikan perkataan Tuhan.

Persoalannya, Adakah mereka berani untuk berdebat?Bagi mencari kebenaran dan hak yang hakiki...

Saya percaya seluruh rakyat Malaysia menunggu untuk perdebatan ini.

Akhir kata, Salam Ramadhan buat muslimin serta muslimat seluruhnya.


No comments:

Post a Comment