Sunday, November 27, 2011

Banjir 2011 Kg Lampu, Besut Terengganu Siri 3




Assalamualaikum wbr.
Tarikh/Hari: 27 November 2011/Ahad.
Tempat : Kg. Lampu, Besut Terengganu.

Sori guys...banjir dah surut... dah surut 2 hari lepas dah. Cuti di sini berjalan seperti biasa... tidur, makan...tidur,makan lagi. Cadangnya nak balik hari ini, tapi tak jadi... kesian tengok anak bini... biasalah suami mithali ni beralahlah.


Kereta dah boleh parking depan rumah, kenderaan lalu-lalang depan rumah. Semua kelihatan normal.
Cuma semalam, 'Pok' menjala di sungai belakang rumah. Sehingga ke hari ini dapatlah 11 ekor ikan pelbagai spesis, semuanya digoreng rangup...dicecah dengan budu dan dimakan dengan nasi panas. 'Side dish' ikan keli masak lemak cili api dan sayur betik...dan (tak tahulah apa lagi).

Tapi menurut 'mok' banjir ini baru gelombang pertama, gelombang ke-2 dan ke-3 akan menyusul, lebih 'hebat' lagi. Entah...wallahualam. Tapi yang pasti jika pulang tahun depan, perlu dibawa sekali joran dan jala buat mengisi masa lapang. Ramai yang memukat dan menjala, rezeki banjir kali ini, ikan pelbagai spesis dapat ditangkap. Ada juga yang menjual dan mendapat laba yang cukup lumayan...rezeki banjir.
Anak-anakku dan sepupu mereka tak puas walaupun seharian bermain air banjir di kolam mandi 'sementara' ini. Bertanya mereka, bila nak banjir lagi...nak mandi puas-puas walaupun ada yang dah digigit lintah 2 kali masih lagi bersemangat untuk mandi banjir. Malah semasa digigit kali kedua, dipijaknya dengan kaki selamba. Hmm... terfikir aku...hebat juga anak perempuan aku seorang ni. Biasalah anak 'berdarah' Banjar. Mak aku di Tambun, Perak serta keluargaku/kulaan yang duduk merata Semenanjung Malaysia tersenyum bangga(aku rasalah).
Wassalam wbr.

No comments:

Post a Comment