Thursday, November 24, 2011

Banjir 2011 Kg Lampu, Besut Terengganu Siri 2

Assalamualaikum wbr.
Masa: 2.50 petang.
Tarikh: 24 November 2011.
Tempat: Kg. Lampu, Besut, Terengganu.

Dah surut sikit dah... harap surut lagi lepas ni. Bolehlah balik ke Ipoh lepas ni. Anak-nak pula asyik 'berkubang', tapi ada yang jaga. Anakku yang kedua dinaikki lintah besar jari tengah/hantu di pinggangnya. Menjerit-jerit anakku kegelian. Diambil lintah oleh 'Pok' diletakkan dikaki kanannya, "buat ubat, buang darah kotor" katanya. Hahaha...geli hati juga.

Kereta Innovaku masih lagi diparkir di tempat yang selamat( harapnya...) Rumah Abang iparku, Abang Wi habis banjir hingga ke tangga teratas. Kolam renang bersaiz olimpik terbentang di depan rumahnya. Hari ini rancangnya Kakak iparku, Kak Sabariah akan pulang ke Beris Lampu. "Cepatlah balik kak" cetus biniku. "Kenapa?" tanyaku. "Selalunya kak akan hantar makanan ke sini, ayam atau ikan ke..." jawab biniku selamba. Hahahaha... betul juga, waktu bah begini diselangi hujan memang perut mudah lapar.
Sarapan pagi bihun dan milo. Pukul 11 Pagi tadi, pulut ikan pekasam Kuala Kangsar dan kopi. Habis 2 pinggan tapi makan dengan biniku.
Kejap lagi nasi, gulai ikan dan daging goreng....ishk...kecur air liur di buatnya.
Air semakin surut tapi lagak mat rempit 'menghenjut' laju meredahi banjir setakat buku lali di atas jalan raya 'membengkek' hatiku.

1 comment: